20 and Matured.. Enough?

Assalamualaikum geng!



It's been awhile aku tak tulis blog and I miss my blog soooo much. Yeah I know tak ada siapa pun nak baca but siapa kesah. hohohoho. Btw, aku dah dua puluh and I started tulis blog when I was 11? Omagad, dah 9 tahun dah blog ni. Kalau dia jadi anak aku, mesti dah darjah 3.

nothing much to say but gladly I have met so many people in my life. Ada yang okay, ada yang tak. Ada yang masih berkawan ada yang tak bertegur langsung. Btw, bukan nak putuskan silaturrahim but orang malas nak layan kita takkan kita nak terhegeh en?

You know what, aku selau tau sakit hati, bila aku tak bukak blog, rasa macam banyak bende nak tulis nak share, but bila dah bukak hah tak tahu nak cakap apa. Musim Covid-19 ni memang aku dah mati kutu dah nak buat apa. Menjahit dah, masak dah, belajar dah, Tiktok pun I dah buat okay! oh, kurus je belum. ehek.

I'm 20 but little bit sedih sebab aku tak tahu la aku nak capai apa kat dunia ni. Nak isi UPU untuk degree pun aku tak sure aku nak ambik course apa apatah lagi nak buat decision besar macam KAHWIN.

Hah! Cakap pasal kahwin, aku tengah menunggu siapa yang akan kahwin dulu dalam batch aku sebab yelah nak tengok siapa laku. HOHOHO. Umur 20 ni janganlah nak tanya aku pasal kahwin sebab benda tu mungkin lama lagi nak pikir. Sesiapa yang tanya soalan tu time raya, aku denda die bagi duit RM50. Lantak la awak tak kerja ke kerja, denda tetap denda!

I'm not teenage dah I'm ADULT and I started to hate it! I wish I'm still kid so I could ask anything from my family now kene berdikari ye anak-anak. So if you guys rasa tak sabar nak membesar, tolong la fikir banyak kali tau. Hidup tak selalunya nak indah ye adik-adik.

My girlfriends <3




Relaks la dik...




Dulu, time aku form 2, aku selalu jugaklah layan wechat sebab majority budak asrama aku layan wechat dan mereka tak ada whatsapp, maybe ada tapi wechat kan lagi 'cool' siap boleh update moment bagai.
Setiap dua minggu sekali, aku akan balik dan waktu tu jelah masa untuk aku main phone memandangkan dekat 'penjara' tak boleh bukak and time aku duduk asrama dulu mak aku pernah melawat aku sekali je nd aku tak pernah outing so tak ada lah aku nak bukak phone sebab phone pun kat kl. Bila minggu outing je, benda paling sedih bila kau tengah basuh baju dekat bilik basuh tetiba ada orang buat announcement sebut nama kau tapi sebenarnya tu kakak dorm kau (dekat dorm ada 2 nama athirah).

Dekat asrama dulu memang gila lah. Form 2 tapi semua sibuk nak bercinta. Sebelum tu, aku bukan nak kecam mana-mana pihak. (Sorry), biasalah form 2 kau mana nak sedar tahun depan nak pt3. Aku paling tak tahan tengok kawan-kawan aku couple tak sampai sebulan dah break lepastu nak meroyan dalam Wechat. Bukan sorang dua tau, ramai gila termasuklah budak junior. tu belum lagi bila suka kat crush dia tapi crush dia tak layan dia. Pergh tahap meroyan dia tu memang tahap gaban. Aku sampai sekarang suka kat sorang tu tak adalah sampai tahap macam ni.

Aku pernah la niat nak cakap dia orang macam chill lah tak payah nak meroyan sangat. Benda tu semua buang masa. Nak meroyan buat apa, kalau laki tu dah tak suka, nak buat macam mana. Kalau laki tu jual mahal, kau balas la balik. Make over sikit bagi cun pastu kalau dia nak try balik, jual la mahal. Perempuan sebenarnya kena tunjuk yang kita kuat, bukan lembik macam dodol. Dulu aku pernah bercita-cita nak jadi Menteri Wanita dan Kebajikan sebab benda ni lah. Tengok anak-anak melayu, PEREMPUAN meroyan sebab cinta.

Lebih baik  belajar. Berdasarkan pengalaman aku lah, time aku belajar  kat Melaka dulu, aku tak ada pun nak fikir pasal laki, apa yang aku fikir adalah belajar sebab aku nak keluar dari asrama. Alhamdulillah aku 2 kali  top 3 dalam kelas. tapi bila masuk Al-Amin, Allahu maybe budak al-amin ramai hensem so yeah, iman sis tak kuat  #janganjadimacamsis (tambah dugaan nak main phone je.) Sebagai seorang pelajar, dan pemegang amanah kepada ibu bapa, korang kena wujudkan satu visi dalam hidup korang bila kau dah berjaya apa kau nak buat? Tinggalkan semua benda laghah tu. unless kalau dah masuk kolej tu lain cerita la.

Zaman sekolah rendah dan sekolah menengah bagi aku zaman yang belum matang sebab waktu tu korang tak fikir sebelum bertindak dan bila kau dah besar, mesti korang menyesal apa yang korang buat. Sumpah sekarang ni pun aku menyesal dengan benda yang aku buat. Bagi aku, apa yang aku buat tu sangatlah tak cerdik. SO sekarang, latih diri korang untuk fikir secara rasional. Kalau aku buat ni apa akan jadi? jangan terpengaruh sangat dengan cerita korea or novel, itu semua khayalan.
Jangan overconfident sangat. Aku tahu korang ni berani tapi percayalah kadang-kadang keberanian korang tu akan buat korang malu seumur hidup.

Contohlah kau confess kat sorang mamat ni, kau yakin la dia suka kau balik sebab kau ni cantik (cantiklah sangat) tapi dia tak suka kau pun sebab kau gedik. Kau mesti malu kan? lepastu bila terserempak dengan mamat tu, mula lah nak tutup mukala, lari pastu tak nak pergi sekolah sebab malu. See? sebab diri sendiri kau terjerat. Sian

kadang-kadang ada orang yang puji dia paling cantik kat dunia. Well hello! Semua orang kat dunia ni lawa bukan kau sorang je. Tahlah puji diri sendiri lawa, kecam orang yang biasa macam aku ni. Harap-harap janganlah sampai Allah tu tarik nikmat lawa tu dari awak, mana lah tahu ujian melanda, Nauzubillah. Nak puji diri sendiri boleh, tapi banyakkan puji oranglah bukan kau rasa diri kau je paling cantik kat dunia ni. Aku pun cantik, eh?


Dalam hidup ni, terutama sekali dalam alam remaja, cuba bawak positive vibes dalam diri. Dengan benda tu, hidup korang akan lebih ceria, semangat dan keyakinan korang pun akan bertambah. Try berinteraksi dengan orang sekeliling bukan duduk satu kelompok je dan benda yang paling penting, jaga mulut. Mungkin kita ni suka cakap lepas, tapi try untuk tahan. Ada sesetengah orang boleh terima apa yang kita cakap tapi ada yang tak boleh maybe benda tu ada kena mengena dengan kisah silam dia. Kita tak tahu isi hati orang, mungkin depan kita dia baik tapi belakang kita tak tahu atau depan kita dia macam tak suka tapi kat belakang kita dia selalu adore apa yang kita buat. Ingat, dekat dunia ada pelbagai ragam manusia yang kita kena hadap dan bukan orang yang kena hadap perangai kita sorang je.  Semoga benda ni bermanfaat untuk semua.




Bulan Mulia, Azam Baru

Assalamualaikum



So hey! Ramadan Kareem! After two weeks pecah otak jawap soalan periksa, so time ni jelah masa nak menulis. Walaupun cuti, tetap sibuk dengan semua benda. #sisstress

tahun ni, aku banyak dengar pasal perempuan kena hina, kecam, maki. Bila dah berubah, diperli, bila dia orang buat jahat balik, kena kecam pulak. Aku tak tahulah kenapa mentality orang Melayu macam ini. Aku tak cakap yang ni baik, tak fikir macam dia orang jugak. Dulu aku ada je perli-perli bila dia orang berubah tapi aku fikir balik, Perlu ke aku buat semua ni?  Bila dia orang buat jahat balik, tak rasa bersalah ke? Sekarang, aku selalu menyesal dengan perangai aku dulu. Entah pape. Suka judge dulu sebelum tahu apa-apa. Suka dengar apa orang cakap tanpa siasat. Kadang-kadang tepuk dahi bila teringat perangai sendiri.

Kepada lelaki, aku faham zaman ni kemunculan bidadari dunia ni banyak sangat and maybe mereka sangatlah cantik sampai korang tergugat iman but kenapa nak perli perli perempuan ni. I dont get it la boy. Aku tahu korang sebenarnya nak menegur aweks-aweks yang terlampau terdedah ni. Tapi bukan cara mengecam dorang. maybe ada cara korang boleh pakai. Bimbinglah kami dengan cara yang baik. And lagi satu, tak tahulah kenapa kan, aku paling panas bila tengok artikel yang lelaki kat Malaysia ni selalu kacau  perempuan bertudung and perempuan yang betutup litup ni. Hey guys! Jagalah iman tu. Takkan kalah kot dengan Mat Salleh. Perempuan dia orang lagi sexy kot.

Pada bulan mulia ni, nak mintak maaf kalau terkasar bahasa selama ni. Bulan ni jugak aku cuba untuk berubah kearah yang lebih baik. Dont judge people before you truly know their story. Kepada yang pernah buat salah dan dosa tu, silalah menyampah dengan perangai korang yang entah pape tu. Sekian.