Relaks la dik...




Dulu, time aku form 2, aku selalu jugaklah layan wechat sebab majority budak asrama aku layan wechat dan mereka tak ada whatsapp, maybe ada tapi wechat kan lagi 'cool' siap boleh update moment bagai.
Setiap dua minggu sekali, aku akan balik dan waktu tu jelah masa untuk aku main phone memandangkan dekat 'penjara' tak boleh bukak and time aku duduk asrama dulu mak aku pernah melawat aku sekali je nd aku tak pernah outing so tak ada lah aku nak bukak phone sebab phone pun kat kl. Bila minggu outing je, benda paling sedih bila kau tengah basuh baju dekat bilik basuh tetiba ada orang buat announcement sebut nama kau tapi sebenarnya tu kakak dorm kau (dekat dorm ada 2 nama athirah).

Dekat asrama dulu memang gila lah. Form 2 tapi semua sibuk nak bercinta. Sebelum tu, aku bukan nak kecam mana-mana pihak. (Sorry), biasalah form 2 kau mana nak sedar tahun depan nak pt3. Aku paling tak tahan tengok kawan-kawan aku couple tak sampai sebulan dah break lepastu nak meroyan dalam Wechat. Bukan sorang dua tau, ramai gila termasuklah budak junior. tu belum lagi bila suka kat crush dia tapi crush dia tak layan dia. Pergh tahap meroyan dia tu memang tahap gaban. Aku sampai sekarang suka kat sorang tu tak adalah sampai tahap macam ni.

Aku pernah la niat nak cakap dia orang macam chill lah tak payah nak meroyan sangat. Benda tu semua buang masa. Nak meroyan buat apa, kalau laki tu dah tak suka, nak buat macam mana. Kalau laki tu jual mahal, kau balas la balik. Make over sikit bagi cun pastu kalau dia nak try balik, jual la mahal. Perempuan sebenarnya kena tunjuk yang kita kuat, bukan lembik macam dodol. Dulu aku pernah bercita-cita nak jadi Menteri Wanita dan Kebajikan sebab benda ni lah. Tengok anak-anak melayu, PEREMPUAN meroyan sebab cinta.

Lebih baik  belajar. Berdasarkan pengalaman aku lah, time aku belajar  kat Melaka dulu, aku tak ada pun nak fikir pasal laki, apa yang aku fikir adalah belajar sebab aku nak keluar dari asrama. Alhamdulillah aku 2 kali  top 3 dalam kelas. tapi bila masuk Al-Amin, Allahu maybe budak al-amin ramai hensem so yeah, iman sis tak kuat  #janganjadimacamsis (tambah dugaan nak main phone je.) Sebagai seorang pelajar, dan pemegang amanah kepada ibu bapa, korang kena wujudkan satu visi dalam hidup korang bila kau dah berjaya apa kau nak buat? Tinggalkan semua benda laghah tu. unless kalau dah masuk kolej tu lain cerita la.

Zaman sekolah rendah dan sekolah menengah bagi aku zaman yang belum matang sebab waktu tu korang tak fikir sebelum bertindak dan bila kau dah besar, mesti korang menyesal apa yang korang buat. Sumpah sekarang ni pun aku menyesal dengan benda yang aku buat. Bagi aku, apa yang aku buat tu sangatlah tak cerdik. SO sekarang, latih diri korang untuk fikir secara rasional. Kalau aku buat ni apa akan jadi? jangan terpengaruh sangat dengan cerita korea or novel, itu semua khayalan.
Jangan overconfident sangat. Aku tahu korang ni berani tapi percayalah kadang-kadang keberanian korang tu akan buat korang malu seumur hidup.

Contohlah kau confess kat sorang mamat ni, kau yakin la dia suka kau balik sebab kau ni cantik (cantiklah sangat) tapi dia tak suka kau pun sebab kau gedik. Kau mesti malu kan? lepastu bila terserempak dengan mamat tu, mula lah nak tutup mukala, lari pastu tak nak pergi sekolah sebab malu. See? sebab diri sendiri kau terjerat. Sian

kadang-kadang ada orang yang puji dia paling cantik kat dunia. Well hello! Semua orang kat dunia ni lawa bukan kau sorang je. Tahlah puji diri sendiri lawa, kecam orang yang biasa macam aku ni. Harap-harap janganlah sampai Allah tu tarik nikmat lawa tu dari awak, mana lah tahu ujian melanda, Nauzubillah. Nak puji diri sendiri boleh, tapi banyakkan puji oranglah bukan kau rasa diri kau je paling cantik kat dunia ni. Aku pun cantik, eh?


Dalam hidup ni, terutama sekali dalam alam remaja, cuba bawak positive vibes dalam diri. Dengan benda tu, hidup korang akan lebih ceria, semangat dan keyakinan korang pun akan bertambah. Try berinteraksi dengan orang sekeliling bukan duduk satu kelompok je dan benda yang paling penting, jaga mulut. Mungkin kita ni suka cakap lepas, tapi try untuk tahan. Ada sesetengah orang boleh terima apa yang kita cakap tapi ada yang tak boleh maybe benda tu ada kena mengena dengan kisah silam dia. Kita tak tahu isi hati orang, mungkin depan kita dia baik tapi belakang kita tak tahu atau depan kita dia macam tak suka tapi kat belakang kita dia selalu adore apa yang kita buat. Ingat, dekat dunia ada pelbagai ragam manusia yang kita kena hadap dan bukan orang yang kena hadap perangai kita sorang je.  Semoga benda ni bermanfaat untuk semua.




Tiada ulasan: