Boyan x Hipster

Assalamualaikum

Semenjak exam ni, aku jarang nak keluar pergi KLCC. Hehe. Aku jenis suka jalan sorang-sorang or singgah mana mana kalau baru balik sekolah ke library ke. Malas nak ajak kawan-kawan lain, kadang-kadang dia orang busy. 

Kalau aku pergi sorang-sorang, kadang-kadang rasa awkward jugak sebab aku ni pergi klcc bukan bergaya sangat. Ada jugak pakai baju sukan sekolah. Kuwang kuwang. Itu sebab balik sekolah ok. Pastu nampak budak budak pakai ala ala hipster padang jelik. Hek eleh. Dalam hati aku nyanyi lagi anita sarawak je. Jangan pandang ku sebalah mata. Kang aku bergaya kalah elfira loy. 

Bagi aku hipster ni memang cantik. Aku suka tengok gaya hipster ala ala tumblr gitu. Tapi satu jela aku tak berkenan. Tang pakai seluar ketaq ketaq. Tak bernafas aku tengok. Jujur aku katakan, dulu aku pernah pakai seluar ketaq aka skinny ni tapi memang 100% tak selesa langsung bila ada mata memandang. Lagi satu, memakai seluar ketat tak elok untuk kesihatan. Lagi lagi laki, tak subur weyh. Aku ni memang tak boleh sangat kalau orang suka tengok aku, rasa macam ada cctv 24/7 tengok kau. Tudung pendek lagi la uoallss. I memang jenis pakai bawah melepasi dada. Tak sukala nak dedah dedah sangat. I ni mahal. Uhuk batuk jap.

Memandangkan aku sekolah swasta dari  darjah 1-6 and form 1-2 masuk smk biasa. Aku dah jumpa golongan boyan. Maaf saya katakan saya tidak terniat pun nak mengutuk anda. And siapa ada berdarah boyan iaitu orang yang berketurunan indonesia boyan, maaf saya tak cakap pasal anda.

Bagi aku boyan ni macam pelik sikit la. Gaya dia aku tak berapa minat sangatlah. Pakai baju pink, selua hijau pucuk pisang. Sorry to say, ni bukan video clip snsd gee ok. Kadang kadang pakai tudung tapi lengan pendek. Kalau sekolah aku, kalau nampak orang macam tu, dia orang kata, macam makcik tom yam depan sekolah ambik order. Beb, makcik tu pun sekarang dah bergaya and jadi bestfriend aku. Huhu.

Hipster dan boyan adalah manusia yang sama diciptakan. Tak ada yang beza. Macam aku, manusia yang tak sempurna dan pendosa tanpa nokhta. Bagi aku mungkin ini gaya mereka waktu muda mudi nanti pastu bila tua dapatlah berbangga dengan gaya mereka dahulu. Baju hitam putih sentiasa atau baju kontra gila nak mati. Jangan risau, aku sayang semua orang and aku kawan dengan dia orang semua. Tapi aku pelik jugak, mak ayah dia orang ni tak marah ke kalau pakai baju hitam putih je? Mak aku mesti bising tak pun kena caci dengan orang kampung. Sedih i.

Itulah kehidupan remaja sekarang. Tapi satu je yang aku tak suka ialah bila ambik gambar middlefinger. Yang laki perempuan sama je. Entahlah bagi aku mereka ni tak menjaga maruah sebagai seorang bangsa Melayu dan seorang Islam. Terlalu pengaruh dengan budaya barat. Jujur aku katakan, aku takkan kahwin dengan lelaki ambik gambar middlefinger. Nak berkawan boleh but bukan untuk calon suami. Huhu

Aku harap sangat suatu hari nanti kita akan sedar dengan kesilapan, sedar dengan kekurangan, sedar dengan apa yang kita lakukan. 


Dear anak melayu,

Ingatlah siapa dirimu, ingatlah bangsamu, ingatlah agamu. Engkau hanya meminjam budaya penjajah, yang ingin menghapuskan budaya melayu, yang ingin kita lupa, lupa akan agama, lupa akan asal-usul, lupa akan bahasa ibunda. Banggalah engkau menjadi rakyat Malaysia. Yang mempunyai budi perkerti, sopan santun dan sabar. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. 


                                                       
                                                         Tiba-tiba rindu pulak. Huhu



Tiada ulasan: