Pinoy movie ialah cerita Philippines. Aku tak tahu kenapa panggil pinoy yang aku tahu tagalog tu macam bahasa dia. Cikgu aku kata asal bahasa tagalog ni dari bahasa melayu juga tapi dia dah berubah sikit selepas penjajahan Sepanyol. Kalau korang perasan la, bahasa tagalog ni lebih kurang sama bahasa melayu sikit macam sakit, kau,aku lebih kurang la.
Dulu aku ni bukan jenis suka tengok movie. Aku start tengok pun bila bosan jela and pinoy movie ni selalu keluar dekat astro sebab tu aku layan je. Kadang-kadang best jugak. First pinoy movie yang aku tengok time kecik-kecik dulu Si Agimat At Si Enteng Kabisote. Itu pun cerita pasal magic. Walaupun mengarut tapi cerita tu unik gila la. Kebanyakkan cerita yang aku tengok ni dari astro box office tapi sekarang ni jarang keluar. So aku tengok dekat astro citra je.
1. Diary Nga Panget.
Hero dia James Reid(Cross) and heroin dia Nadine (Eya). Cerita ni pasal seorang perempuan panget (hodoh) yang jadi pembant kepada Cross. Eya kawan baik dengan Yassi (Lory) dan Andre (Chad). Cerita ni sangat lawak dan aku rasa korang akan keluar air mata gembira, bukan air mata sedih.
** Jangan lupa setting bagi ada eng sub.
2. Talk Back and You're Dead
Hero dan heroin dia tetap sama James and Nadine. Hubungan mereka berdua ni aku tak tahu la apa. Ada kata kawan baik, ada kata couple, entah la nak. Tapi aku rasa dia orang memang real couple. Kalau korang tengok Diary Nga Panget dengan movie ni, pelakon yang dia ambik kebanyakkannya sama.
Cerita ni pasal anak orang kaya tapi situation dia kat sekolah. Aku rasa korang suka tengok kot sebab gaya dia lebih kurang macam Boys Over Flower tapi lagi ni best kot sebab Top (James) ada 13 orang ahli kumpulan dalam geng dia. Siapa tak happy bila ada 13 orang lelaki tu semua hensem dan digilai ramai. Sayang seribu kali sayang, korang akan menangis sikit tengok cerita ni tapi dia ada lawak-lawak sikit. Time aku tengok cerita ni, sampai terkeluar hingus sebab sedih sangat. Korang tengoklah sendiri ya?
Cerita ini mengisah seorang gangster kat kolej. Tapi cerita ni dia throwback ke zaman 90an. So jangan peliklah kenapa dia orang punya pakaian macam ni and mereka hanya guna public phone dan telefon rumah sahaja. Sebelum tengok cerita ni, sediakan tisu dulu tau. Cerita ni aku lupa hero and heroin dia. tapi yang pasti kathryn and daniel yang berlakon.
Movie memang lawak. Cerita ni boleh di kategori sebagai romantic comedy sebab masing-masing ada pasangan dan lawak. Cerita ni lebih kepada kekeluargaan. Dalam family dia orang ni ada seorang je lelaki and bila adik lelaki mereka ni nak kahwin, dia orang halang. Tengok jelah benda apa je yang dia orang buat.
Mengisahkan seorang lelaki ni nak kahwin sebab harta nenek dia. Yang perempuan ni pulak miskin dan bersekongkol dengan nenek laki tu. Tajuk sama macam novel melayu tapi tak tahulah cerita sama ke apa sebab aku tak baca novel tu lagi.
Toni Gonzaga ni dia bercinta dengan pensyarah dia. Sebenarnya pensyarah dia tak suka dia pun tapi lama-lama tu pensyarah dia jatuh cinta dengan dia. Jangan main-main, dalam cerita ni perempuan tu belajar architecture dan dia punya projek ni dapat anugerah. Start tu la pensyarah dia jatuh cinta kot. Dan pensyarah dia ni sebenarnya suka masak dan cita-cita dia nak bukak restaurant dengan perempuan tu. Adakah dia berjaya? Tengoklah. Tapi cerita ni lawak+ sedih. Pastikan sedia banyak
tisu la.
Yeah! Sekali lagi kathryn and daniel berlakon. dia orang ni memang real couple dan sweet. Cerita ni pasal Kathryn yang liar, tak cukup kasih sayang seorang ibu. Dia telah di didik oleh daniel supaya jaga dia punya attitude. Watak Daniel dalam movie ni memang kelakar gila. aku pun tengok ulang-ulang lepastu gelak sorang-sorang sampai kakak aku pandang pelik. Kebanyakkan cerita memang kena sediakan tisue almaklum cerita pasal family memang sedih sikit.
*** Kalau nak tengok movie tu, click je dekat tajuk.
Selamat menonton :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan