Tadi aku pergi sekolah lama aku, SMK Munshi Abdullah. Ya, aku banyak sekolah sekarang ni. Pergi sana nak ambik pbs dan sijil berhenti. Sampai munshi terus pergi office, rupa-rupanya orang yang buat sijil tu tak datang. Sedih hati cheq. Nak ambik pbs pun kena minggu depan. So, aku pun okaylah. Selepas selesai segala urusan, aku terus melintas pergi asrama. Tapi sebelum tu aku mintak izin mama dengan papa. Mama, papa dengan kak erin dah pergi menikmati coconut shake 'batu berendam'. Ingat sampai asrama terus nak pergi dorm, tapi hampa sebab ada penyelia. Hmm, tak jadi nak buat kerja jahat. Aku lalu pintu belakang dan ternampak Emi baru lepas jemur kain dengan Ainoor. Rasa rindu tu memang tak boleh katalah. Ainoor jerit terus peluk aku. Macam-macam cerita keluar. Biasa dah lama tak jumpa. Aku suruh dia panggil Elyu. Rasa terharu bila Elyu menangis. Haha.
"Athirah, tau tak aku bosan kat sini."
"Tahu tak peraturan semakin ketat."
"Budak lelaki sekarang dah pandai dan semangat nak belajar."
" kau tak rindu Sidiq?" Soalan mintak penumbuk.
" Si gila tu bla bla bla "
"Ada budak baru."
Bila dia orang mengadu, rasa kesian pulak. Macam nak angkut dia orang berdua pergi Al-amin, Ainoor, Elyu dan Mawaddah. Dia orang ni je yang boleh masuk dengan aku plus Chot. Sedih tak dapat jumpa Mawaddah sebab dia outsider. Time bunyi loceng makan, baru aku dapat jumpa semua ahli dorm aku. Woah! Tersangatlah rindu nak main kejar-kejar dalam dorm macam orang gila. Rindu nak gosip ramai-ramai kat katil ayu. Rindu semualah!
"Tira, tak ada siapa nak ajar bahasa arab!"
Bukan niat nak tinggalkan korang. Korang yang kat luar sana kalau nak masuk asrama, fikir betul-betul. Memanglah asrama tu best, tapi hati kena kuat bro! Kalau kau tak kuat, nanti jadi macam aku, pagi, petang, siang, malam aku call mama. Menangis je kerja. Yang paling kuat diuji bila sekolah ketatkan peraturan, memang kau kena terima. Bukan nak kata asrama tak best, best gile weyh. Tapi korang kena banyak bersabar, kuat dan tabah dari segi mental dan fizikal.
Tadi sempat jugaklah jumpa kawan-kawan lama time bunyi loceng makan dan ada la jugak terjumpa aspura. Sempat lambai tangan gitu je. Semua turun dan datang kepadaku. Rasa macam terharu. Nanti ye kawan-kawan aku akan datang kembali untuk melepaskan rindu kalian. xoxo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan