Cantik

Assalamualaikum



Tilam yang empuk,
Bilik yang sejuk,
Menemani hati yang duka,
Duka kerana perangai manusia,
Manusia yang tidak seperti dulu,
Yang suka dengan sopan santun,
Yang suka maruahnya dijaga,
Tapi sekarang manusia hanya melihat yg indah,
Indah bak bidadari,
Biar perangai seperti jin.

Bila ditegur yang salah,
Manusia lain yang marah,
Aku tegur dia,
Bukan kau manusia.

Sebuah puisi untuk orang zaman sekarang. Yep, zaman sekarang. Orang yang selalu backup orang yang salah. Inilah akhir zaman. Tak boleh nak kata apa. Bila ditegur, mereka sangatlah degil sampai sakit hati. Hanya boleh berdoa kepada Allah. Bukan aku membeci mereka tapi aku benci perangai mereka. Yes, aku sedar aku tak perfect dan tak lawa. Hidung tak mancung, pipi tersorong sorong. Tapi salah ke bila nak tegur. Yang tak fahamnya, bila yang 'hodoh' buat mula melenting. Ya Allah, berikanlah kesabaran untukku. 

Nak serulah sikit, korang yang kat luar sana, janganlah jadi macam ini. Aku tak nak tengok masyarakat Malaysia macam ni. Lebih-lebih lagi kita Islam. Islam tak ajar semua ni. Aku pun ada sikit sikit nak menuju kearah tu. Tapi diri ini tetap jahil. Jadi sama-sama kita ubah diri kita. Sekian.

Tiada ulasan: